Analisa Watak Azura (filem 1984)

Zakaria (bin Datuk Puteh, atau 'Zack') merupakan seorang pemuda yang hidup di dalam sebuah keluarga yang mewah. Setelah kematian ibunya sewaktu dia kecil, Zack membesar tanpa bimbingan yang sewajarnya. Oleh kerana kesibukan ayahnya mengurus perniagaan, Zack dan ayahnya jarang berjumpa. Hubungan mereka bertambah renggang setelah Datuk Puteh berkahwin lain. Zack memilih untuk hidup bersendirian di salah satu rumah milik ayahnya dan ayahnya hanya mengirim wang setiap bulan kepadanya.
Walaupun 'gentleman' dan bersopan-santun, Zack yang tidak diberikan perhatian mula berkelakuan liar dan menubuhkan sebuah kumpulan motor(Motor Model RD menjadi ikon dan kegilaan remaja ketika itu).

Azura adalah seorang remaja yatim piatu yang hidup menumpang nasib kepada ibu saudaranya setelah kematian ibu bapanya di dalam satu kemalangan. Selepas waktu sekolah, Azura terpaksa menolong ibu saudaranya menjaga kedai makan(LOKASI DI SALAH SEBUAH RUMAH KEDAI BERHAMPIRAN DENGAN JALAN PAHANG).
Azura seorang yang periang dan bersikap optimistik di dalam hidup. Beliau juga seorang yang berfikiran terbuka, yang mungkin disebabkan oleh pengalamannya bersama ibu bapanya di luar negara.